Pada 13 Jun 2017 (Selasa), Unit Agama Seksyen Pemulihan dan Rawatan bersama Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Pusat Koreksional Jasin (RESKA), telah menganjurkan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Peringkat Kakitangan dan Penghuni Pusat Koreksional Jasin bagi tahun 2017. Program memasak bubur lambuk ini dianjurkan bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan dan disertai oleh kakitangan dan penghuni Pusat Koreksional Jasin.
Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan perasaan cinta akan ramadhan dalam diri kakitangan dan penghuni di Pusat Koreksional Jasin. Selain itu, penganjuran program ini juga memainkan peranan yang besar dalam mengeratkan ukhuwwah antara seluruh warga Pusat Koreksional Jasin. Seterusnya program ini diakhiri dengan majlis penyerahan bubur lambuk kepada kakitangan Pusat Koreksional Jasin
"" Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan perasaan cinta akan ramadhan dalam diri kakitangan dan penghuni di Pusat Koreksional Jasin. Selain itu, penganjuran program ini juga memainkan peranan yang besar dalam mengeratkan ukhuwwah antara seluruh warga Pusat Koreksional Jasin. Seterusnya program ini diakhiri dengan majlis penyerahan bubur lambuk kepada kakitangan Pusat Koreksional Jasin